Jurukecantikan, alpha lipid

Juruestetik

 

JPK

Kod Pusat Bertauliah L02012

Alpha Lipid

Welcome to B'Fhazia Beauty, Kota Kinabalu  ....  Beauty & Academy Centre

 

HOME PRODUCT SERVICES ACADEMY KURSUS BENGKEL GALERY CONTACT US

PELUANG KERJAYA / JOB OPPORTUNITY

PELUANG PERNIAGAAN  HOW TO ORDER

A training centre for beautician accredited by Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia,(Sijil Kemahiran Malaysia -Jurukecantikan dan Juruestetik)  located at Putatan Platinum Plaza, Kota Kinabalu. We also provide service such as facial treatment, Foot SPA, Reflexology, Manicure, Pedicure, Make up and beauty and health product distributor.

Pendaftaran untuk Sesi January 2010 kini di buka SEKARANG

 

Daftar sebelum 30 November 2009..anda layak mengikuti kursus Pengurusan Salon (16 Hari) bernilai RM1800.00 dengan PERCUMA

  Kursus Jurukecantikan dan Juruestetik

 (Persijilan sijil Kemahiran Malaysia(SKM/MLVK)

 

PENGENALAN

Kursus Jurukecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan Perkhidmatan Personal.  Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

 

 OBJEKTIF

Ø  Memberi latihan dalam melahirkan para beliawanis yang berkemahiran, berpengetahuan dalam jurusan;

Ø  Memberi bimbingan dan latihan untuk  mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan

Ø  Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing maju.

 

RINGKASAN KURSUS

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan solekan.

Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.

 

MODUL KURSUS 

Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

 

 

·         Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas                

·         Penjagaan kesihatan diri dan salon

·         Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan

·         Analisis, penjagaan dan perawatan kulit muka

·         Perawatan kaedah manual

·         Perawatan menggunakan mesin

·         Perawatan kuku (Manicure & Pedicure)

·         Teknik mekap - asas dan professional

·         Perawatan bulu mata

·         Pengendalian pelanggan dan khidmat kaunter

·         Pengurusan salon

·         Etika dan penampilan diri

·         Perhubungan awam

         

AKTIVITI KURSUS

 

Teori

Berpandukan kertas-kertas penerangan dalam ‘learning guide’       mengikut tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap 2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran di bengkel.  Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.

Amali

Sistem kerja asas menggunakan simulasi (head block) pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi.  “Live Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan setelah kemahiran dan kecekapan diuji.  Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut langkah-langkah dalam senarai semak.  Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja dalam senarai semak dilakukan dengan betul.

Latihan Niaga

Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di pusat latihan juga pelawat-pelawat dari luar untuk mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kulit muka khususnya.

 Ceramah dan Demontrasi

Sebagai menambahkan lagi keyakinan pelajar-pelajar, penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.  

Latihan Pratikal

Pelajar akan mendapat latihan dipusat kecantikan.

 

 PENSIJILAN ,TEMPOH KURSUS  DAN YURAN

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:

 

Tahap                                                     Tempoh                            Yuran

Tahap 1   - Juru Kecantikan                              6 bulan                                 RM 3,500.00

                                               

Tahap 2 -   Juruestetik                                        6 bulan                                 RM 4,500.00

                                              

 PELUANG KERJAYA

Ø  Juru Kecantikan di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.

Ø  Usahawan  dalam bidang kecantikan

Ø  Peluang Menjadi Tenaga Pengajar

Ø  Pakar Perunding Kecantikan

 

KELAYAKAN PEMOHON

Lepasan SPM, Umur 16 hingga 50 tahun, individu yang minat dalam bidang kecantikan.

 

TEMPAT LATIHAN/VENUE

Lot F-09-2, 1st Floor, Block F, Putatan Platinum Plaza, Putatan, Kota  Kinabalu

 

PENDAFTARAN PELAJAR  -  SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA   (Fulltime & Part Time)

Pendaftaran kursus untuk Sesi Januari 2010  kini dibuka.

 

 

 

 

PRODUK

/ PRODUCT

PERKHIDMATAN /SERVICES

Rawatan Muka & Badan

Facial & Body Treatment 

AKADEMI /ACADEMY
 

Rawatan Muka & Kesihatan Facial & Health Product

PERKHIDMATAN / SERVICES

Rawatan Rambut

Hair Treatment

HUBUNGI KAMI / OUR CONTACT

 

 L I F E L I N E  ALPHA LIPID

Glitter Words

B'Fhazia Beauty
LOT F-09-2, 1ST FLOOR, BLOCK F, PUTATAN PLATINUM PLAZA, 88869 PUTATAN,  KOTA KINABALU, SABAH
Email: bfhaziabeauty@gmail.com  Tel: 014-6741237 (Roziah Abdullah),  Fax : 088-734645

 

 

 

Anda adalah pelawat yang ke:

Last updated on: Wednesday 21/10/2009 07:09:46

 
   
   

                                                  Copyright ©2007- 2008 i-Getz Global Network  (026623-T)   ALL RIGHTS RESERVED